5/13/08

DI Kompleks Haji Kelana Jaya

Kompleks haji kalau hari hari biasa memang tak sibuk.Yang ada orang yang membuat urusan di kaunter penyimpanan , pengeluaran , daftar Haji dll.Ataupun bila waktu solat lima waktu dan Solat jumaat.Tapi bila mula musim penerbangan haji memang meriah.memang sesak memang padat.Lepas solat maghrib saya bertolak dari rumah.Azan di laungkan dan saya diarah masuk kereta.Anak lelaki yang meemandu.Saya smpat juga menoleh kebelakang eh sapa yang kunci rumah dan pagar.Ada suara berkata jangan pandang belakang ??? kenapa (dilain cerita saya saya akan ceritakan kenapa) Ada orang uruskan.Sampai dikelana jaya dah masuk waktu isyak.Saya dan anak lelaki ( abang) pergi solat dulu diikuti isteri dan anak perempuan(adik).Memang padat dengan orang .dimana mana sudut Kompleks Haji Kelana Jaya.Kami bentang tikar.Duduk duduk.Eh sempat makan makan sambil saudara yang lain yang menghantar sama berkumpul.Best gak tau.Setelah mereka pulang saya dan isteri manarik beg ke bilik pendafataran dan bagasi.


Perkara kesesakan terutama di lorong masuk pendaftaran Jemaah Haji patut diambil kira oleh Tabung Haji.Sepatutnya laluan masuk untuk Jemaah dibuat dengan lebih kemaskini .jangan dihalang oleh penghantar penghantar jemaah.satu hal lagi walaupun anda menghantar ayah dan ibu atau saudara mara anda,jangan lah menghalang laluan Tetamu Allah.Tapi inikan ujian pertama.Bukan ke orang kata ketrja menunaikan Haji banyak cabaran dan ujian Perlukan kesabaran

No comments: