5/14/08


Di dalam Masjid Nabawi

ke KLIA

Setelah taklimat kami berangkat dari Kompleks haji Kelana Jaya ke KLIA menaiki bas pelancongan.Saya beritahu kat isteri saya yang kita pilih bas paling belakang.Dia akur.Dia tak tanya kenapa pulak.Biasanya dia sibuk bertanya itu dan ini.Oh rupanya dia banyak berdoa.Memang syahdu dan sayu keberangkatan ke KLIA.Dalam dini hari bas bergerak satu persatu.Di mulakan dengan kawalan polis trafik berdesing bunyi siren.Teringat sahabat kgMMS ABAHIR.Dia bertugas mengiringi rombongan jemaahke .Bukan satu motosikal malahan lebih dari sepuluh rasanya.Terima kasih polis Trafik yang bertugas mengiringi jemaah.Doa saya semuga mereka diberikan ganjaran sewajarnya dari Allah.Dan isteri saya tak habis habis mengucapkan syukur.Katanya hebatnya nak jadi Tetamu Allah.Dari tanah air sudah di muliakan.Lepas ini di Madinah

5/13/08

DI Kompleks Haji Kelana Jaya

Kompleks haji kalau hari hari biasa memang tak sibuk.Yang ada orang yang membuat urusan di kaunter penyimpanan , pengeluaran , daftar Haji dll.Ataupun bila waktu solat lima waktu dan Solat jumaat.Tapi bila mula musim penerbangan haji memang meriah.memang sesak memang padat.Lepas solat maghrib saya bertolak dari rumah.Azan di laungkan dan saya diarah masuk kereta.Anak lelaki yang meemandu.Saya smpat juga menoleh kebelakang eh sapa yang kunci rumah dan pagar.Ada suara berkata jangan pandang belakang ??? kenapa (dilain cerita saya saya akan ceritakan kenapa) Ada orang uruskan.Sampai dikelana jaya dah masuk waktu isyak.Saya dan anak lelaki ( abang) pergi solat dulu diikuti isteri dan anak perempuan(adik).Memang padat dengan orang .dimana mana sudut Kompleks Haji Kelana Jaya.Kami bentang tikar.Duduk duduk.Eh sempat makan makan sambil saudara yang lain yang menghantar sama berkumpul.Best gak tau.Setelah mereka pulang saya dan isteri manarik beg ke bilik pendafataran dan bagasi.


Perkara kesesakan terutama di lorong masuk pendaftaran Jemaah Haji patut diambil kira oleh Tabung Haji.Sepatutnya laluan masuk untuk Jemaah dibuat dengan lebih kemaskini .jangan dihalang oleh penghantar penghantar jemaah.satu hal lagi walaupun anda menghantar ayah dan ibu atau saudara mara anda,jangan lah menghalang laluan Tetamu Allah.Tapi inikan ujian pertama.Bukan ke orang kata ketrja menunaikan Haji banyak cabaran dan ujian Perlukan kesabaran

Eh dah dekat puasa. Ramadhan

Entah macam mana tetiba saya nak tambah cerita dalam blog ni.Sedangkan dah lama saya mengenali blog.sejak 2005 lagi.Apa lagi banyak cerita cerita yang boleh kongsi bersama.Ada rakan rakan yang mengur kau tak buat apa apa ke dalam blog kau.ceritalah pasal kerja ke pasal pengalaman kat dua tanah suci mekah dan Madinah.Hah? Masa kat tanah suci pun ada niat nak buat gitu.Tapi bila balik asyik tangguhkan .

Hari ini dan masuk 9 JamadilAwal.Aduh pas ni JamadilAkhir , Rejab, Saaban pastu Ramadhan.Begitu pantas masa berlalu.Tahun lalu bulan yang sama hati mula berdebar debar.Sebab dah dekat puasa dan dekat nak berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji.Walaupun bukan kali pertama kesana,walaupun kali kedua tunaikan haji tapi hati tetap berdebar.Kali ini saya dan isteri menggunakan perkhidmatan Muassasah Tabung haji

Haji

saya dan isteri bertolak pada awal pagi 11 nov.2008.Tinggallah anak anak kemanjaan kami Ashraf dan Afiqah.Sayu juga hati bila mereka melambai untuk pulang lebih awal sebelum saya masuk ke dalam Ruang Pemeriksaan di Tabung Haji Kelana Jaya.Sebelum itu sempat belanja dia orang makan nasi ayam di kantin.Saya pandang muka dia orang puas puas.terbayang saya segala keletah dan perangai mereka dari kecik sampai kebesar remaja sepeti sekarang.Saya berdoa semuga mereka ingat segala pesanan kami.Banyak pesanan kata mereka.Nanti sampai sana sms lah.Selamat tinggal anak anak.Jangan lupa Tuhan.Tapi mereka lebih dulu sampai rumah sebelum saya mendengar taklimat di kompleks haji kelana Jaya.Sempat calling calling sempat sms

11/27/07

Nama : Haji Manan Selamat
Segmen : Penerbit Suria Pagi Kl, Hidayah, Wahyu
Tarikh Lahir : 14.10.1957
Tempat Lahir : Benut, Johor
Hobi : Masak, Membaca
Makanan Kegemaran : Yang Ada Bawang Besar
Minuman Kegemaran : The O
Warna Kegemaran : Gelap
Pengalaman Manis : Masa Di Mekah & Madinah
Pengalaman Pahit : Tak Cuti Masa Hari Raya
Perkara Pelik Yangingin Dilakukan: Balik Zaman Remaja, Walaupun Sehari Dua
Jika Anda Bukan Seorang Dj, Anda Adalah: Tok Kadi Atau Tok Mudim
Tarikh Bertugas Di Klfm : 2.1. 1991